Wednesday, November 3, 2010

JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir dengan jayanya. Pelbagai inpu diberikan kepada pensyarah dan juga rakan sekelas yang lain.

Berdasarkan kepada kesemua minggu pembelajaran yang berlangsung, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara dan pendedahan. Sebagai contohnya, pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran melalui blog. ini dapat membantu pelajar berurusan dengan pensyarah selepas waktu kuliah dan kemahiran dalam menulis blog juga dipertingkatkan. Jika sebelum ini pelajar tidak mengetahui cara untuk membangunkan blog, dengan kelas SMP2252 ini, pelajar dapat mengetahui cara dan menguruskan blog dengan betul. Dari segi penggunaan blog ini, ianya di lihat berjaya mencapai objektif yang diiginkan.

Dari segi kemahiran berfikir, saya lihat bahawa kemahiran berfikir pelajar juga telah meningkat. ini kerana, dengan pengajaran yang dilakuka oleh pensyarah, pelajar telah bertanya beberapa soalan bukan sahaja aras rendah, malah soalan aras tinggi juga. Perubahan ini dilihat mengikut minggu-minggu pembelajaran di mana pada di awal minggu-minggu pembelajaran, pelajar dilihat takut untuk bertanya soalan. tetapi apabila minggu-minggu seterusnya, pelajar dilihat berani mengajukan beberapa soalan-soalan penting untuk kemudahan pemahaman mereka.

Kolaboratif bermaksud kerjasama dalam kumpulan. Ini dapat dilihat dalam perbentangan hasil kerja kumpulan yang diberikan kepada pensyarah. Dengan tugasan yang diberikan kepada pensyarah mengikut tajuk, pelajar perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk mengumpulkan maklumat dan berbincang untuk mempersembahkan hasil tugasan mereka. Pendekatan yang dilakukan oleh pensyarah dilihat berjaya menarik perhatian pelajar apabila video-video muzik yang berkaitan dipaparkan bagi tujuan memudahkan pelajar.

Disini, saya juga turut ingin memberikan beberapa cadangan dalam menambahbaik kelas SMP2252 ini. Pensyarah perlulah menyeimbangkan antara teori dan praktikal di mana jika dilihat sebelum ini, hanya teori yang lebih banyak diajar berbanding teknikal menyebabkan pemahaman pelajar adalah kurang dan hanya bergantung kepada teori sahaja. Dengan melakukan praktikal seperti bermain alat muzik, pelajar dapat merasai bagaimana alat muzik itu dimainkan dan pemahaman meraka akan lebih mengingkat. Selain itu, pelajar juga perlu membuat lawatan sambil belajar di tempat-tempat yang berkaitan dengan muzik seperti Aswara, Istana Budaya, Yayasan Warisan Johor dan sebagainya supaya mereka mendapat input yang lebih banyak selain input di dalam kelas.

Di harap, dengan beberapa cadangan yang diberikan ini, kelas SMP2252 ini dapat dijalankan dengan jayanya dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. sekian terima kasih.

1 comments:

Leena Mercy on June 11, 2021 at 1:26 AM said...

Toll Free Number: - +1805-817-7455

Amazon Prime Activate My Tv

Perhaps the most bewildering and fascinating stage to watch. With Amazon Prime, you can stream boundless movies and TV scenes on the amazon prime video application. It is a social stage that offers induction to the clients of a monstrous assurance. An organizations like boundless video constant, Quick movements, specific permission to costs, and considerably more. You ought to just enroll these players and a short time later like streaming your # 1 shows and movies.

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template