Perbentangan pada minggu ke-12 ini adalah perbentangan ulangan daripada kumpulan bertajuk Opera Cina dan Po Te Hi dan kumpulan bertajuk muzik sabah dan sarawak. Sebelum ini, perbentangan yang dilakukan oleh kumpulan bertajuk 'opera cina dan potehi' adalah kurang bermaklumat di mana mereka tidak membuat kajian lapangan dan maklumat yang disampaikan juga tidak merujuk kepada Opera Cina di Malaysia. Oleh sebab itulah mereka dibenarkan untuk membuat perbentangan sekali lagi. seterusnya, perbentangan disambung oleh kumpulan bertajuk 'muzik Sabah dan Sarawak'.
Persembahan opera cina adalah merupakan lakonan yang berasaskan kepada sebuah cerita. Ianya terdiri daripada beberapa pelakon. pelakon-pelakon ini dibezakan dari segi warna lukisan pada muka mereka di mana setiap warna melambangkan sifat-sifat yang ada pada pelakon tersebut. Bagi po te hi pula, po te hi adalah sama dengan opera cina, tetapi ianya merupakan patung kecil yang digerakkan dengan menggunakan beberapa jari tangan. Berdasarkan kepada persembahan kumpulan ini pada perbentangan kali kedua ini, kami mendapati bahawa perbentangan yang dilakukan sungguh bermaklumat di mana mereka telah menjalankan kajian lapangan di Aswara untuk mendapatkan maklumat mengenai opera cina dan po te hi ini walaupun pihak aswara tidak mempunyai kursus mengenai opera dan po te hi ini.
Seterusnya, perbentangan dari kumpulan bertajuk 'muzik Sabah dan Sarawak'. Perbentangan yang dilakukan adalah sederhana dari segi penyampaian dan juga maklumat yang diperoleh. Ini kerana, dilihat kepada penyampaian, mereka juga teragak-agak untuk mengetahui jenis-jenis alat yang digunakan oleh muzik Sabah dan Sarawak ini menyebabkan pelajar dari Sabah dan Sarawak terpaksa membantu. Sepatutnya, sebagai pembentang mereka seharusnya bersiap sedia dan mengenali dengan lebih terperinci mengenai alat-alat muzik dan juga muzik yang digunakan oleh Sabah dan Sarawak walaupun mereka bukanlah berasal dari Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, perbentangan yang dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan masa yang diperuntukkan juga adalah cukup.

0 comments:
Post a Comment