Pada minggu ke-3 ini, saya didedahkan dengan klasifikasi alat muzik, kategori muzik tradisional Malaysia dan juga ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Sebelum didedahkan dengan lebih lanjut, pengetahuan saya adalah terhad kepada beberapa jenis muzik tradisional di Malaysia sahaja tetapi tidak mengetahui ciri-ciri setiap satu daripadanya.
Oleh itu, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri muzik di Malaysia ini yang pelbagai. saya juga ingin mengetahui kategori-kategori utama muzik tradisional Malaysia ini.
Berdasarkan pembelajaran, saya diterangkan mengenai adaptasi dan idiosinkretik. Adaptasi adalah dipengaruhi oleh dan dubah suai oleh budaya setempat. Manakala idiosinkterik tidak mengalami sebarang perubahan dimana ianya mempunyai gaya yang tersendiri dan sulit. Ciri-cirinya adalah kekal. Di dalam muzik tradisional, terdapat 2 ciri utama iaitu tradisi besar dan tradisi kecil. Ini membawa maksud, tradisi besar adalah muzik dari istana manakala tradisi kecil adalah muzik dari rakyat. Walaubagaimanapun, terdapat juga percantuman antara tradisi besar dan tradisi kecil di mana muzik tradisi besar diturunkan dan dimainkan oleh rakyat. Contohnya, zapin.
Pensyarah juga mengajar mengenai 5 kategori utama muzik iaitu muzik rakyat, muzik klasik, sinkretik dan kontemporari dan memberikan contoh setiap satunya. Selain itu, saya juga diterangkan mengenai ciri-ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular dan ensembel-ensembel lain.
Berdasarkan kepada apa yang diajar oleh pensyarah, saya telah membuat rujukan di beberapa bahan dari internet mengenai ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Bagi bentuk seni lakon utama, contoh yang mudah difahami adalah makyong dan wayang kulit yang memerlukan lakonan.
Bagi bentuk tarian utama adalah zapin dan juga tarian singa. Zapin memerlukan langkah gerak tari yang tersusun. Bagi ensembel genderang pula,kompang dan hadrah adalah contoh yang sesuai dalam menunjukkan ensembel genderang.
Ciri yang seterusnya adalah vokal dan instrumental solo. bagi vokal, zikir merupakan ciri muzik tradisional jenis ini manakala bagi instrumental pula, seruling dijadikan instrumen dalam ciri muzik ini.
Seterunya, saya telah mengkaji ciri muzik iaitu ensembel sosial popular. Ciri ini dapat ditunjukkan melalui dondang sayang.
Kesemua ciri-ciri muzik tradisional ini memberikan banyak pengetahuan kepada saya mengenai jenis-jenis muzik tradisional di Malaysia ini yang pelbagai. Ini dapat membantu saya dalam mengenali dengan lebih mendalam muzik tradisional Malaysia kita.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
Refleksi yang menarik Azmaliza. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan tentang ciri-ciri muzik tradisional ini sangat penting bagi mengekalkan dan memulihara budaya ini daripada tenggelam dek zaman. Tahniah.
Post a Comment