Wednesday, August 4, 2010

JURNAL REFLEKSI



Pada minggu ke-4 ini, pensyarah telah menerangkan mengenai wayang kulit. sebelum sesi pembejalaran berlangsung, saya hanya mempunyai pengetahuan yang asas sahaja mengenai wayang kulit. Ini kerana faktor tempat dibesarkan iaitu di Johor menyebabkan saya kurang terdedah dengan wayang kulit yang kebiasaannya dimainkan di Utara dan Pantai Timur iaitu di Kedah dan Kelantan. Berdasarkan pemahanan yang saya tahu berkaitan wayang kulit, ianya adalah satu seni lakon yang menggunakan bayang-bayang dari pantulan cahaya. Patung digerakkan di layar putih oleh Tok Dalang.


Patung bagi Wayang kulit Jawa



Patung bagi Wayang Gedek


Patung bagi Wayang Kulit Melayu


Patung bagi Wayang Kulit Kelantan

Bagi menambahkan pemahaman saya mengenai wayang kulit ini, saya ingin mengetahui mengenai sejarah wayang kulit, jenis-jenis wayang kulit dan perbezaan setiap wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai patung-patung yang digunakan untuk pertunjukan wayang kulit ini. Wayang kulit juga mempunyai muzik iringan semasa dipertunjukkan. Oleh itu, saya ingin mengetahui alat-alat muzik yang digunakan semasa muzik dimainkan.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pada minggu ke-4 ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai jenis-jenis wayang kulit, alat-alat muzik yang digunakan dan juga perbezaan di antara wayang kulit ini. Wayang kulit adalah merupakan teater tradisional kuno Malaysia di mana ianya berasal dari India. Bagi wayang kulit, terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu wayang kulit Jawa, wayang Gedek, Wayang kulit Melayu dan wayang kulit Kelantan.

Wayang kulit Jawa berasal dari Indonesia. Ciri-ciri wayang kulit purwa asli (epik Ramayana dan Mahabrata) masih dikekalkan. Ianya dipersembahkan oleh orang keturunan jawa di Johor dan Selangor.



Bagi wayang gedek, ianya berasal dari Perlis dan Kedah. Wayang kulit ini dipengaruhi oleh pengaruh siam.



Wayang kulit Melayu pula dipengaruhi oleh wayang purwa dari Indonesia. Ianya bermula pada abad ke 19 dan berkembang di bawah naungan Raja untuk hiburan bangsawan. Di malaysia, kebiasaannya terdapat di Kedah dan Kelantan. Manakala yang terakhir adalah wayang kulit Kelantan. Ianya merupakan teater rakyat yang sangat popular. Ia terdiri dari watak Peran iaitu Pak Dogol dan Wak Dogol.



Melihat kepada perbezaan antara setiap wayang kulit ini, ianya dapat dilihat dari segi isi cerita, patung, bahasa, muzik dan pergerakan tangan. Dari segi muzik wayang kulit, kebiasaannya wayang kulit Jawa diiringi muzik gamelan jawa. Alat muzik yang digunakan adalah khendang, gambang dan gong-gong berbonggol. Wayang gedek pula diiringin muzik serunai di mana alat muziknya adalah saw oo, saw duang, geduk dan Pi jawa. Bagi wayang kulit Melayu, alat-alat muzik yang digunakan adalah rebab 2 tali, gendang ibu dan gendang anak, mong, canang, kesi dan gong. Manakala bagi wayang kulit Kelantan, terdiri dari geduk, gendang, gedumbak, serunai, canang, kesi dan tetawak.

Bagi menambah pengetahuan saya mengenai wayang kulit, saya telah membuat rujukan di dalam beberapa laman web yang berkaitan dengan wayang kulit. Perkataan wayang berasal dari kata 'wewayangan' yang beerti bayangan. Ada pendapat mengatakan bahawa wayang kulit berasal dari India. Para penyelidik berpendapat bahawa wayang kulit dibawa masuk ke Asia Tenggara melalui pengaruh hindu di mana pengaruh hindu ini dapat dilihat di dalam wayang kulit yang membawa cerita-cerita dari India seperti Ramayana dan Mahabrata. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang dan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan oleh sekelompok 'nayaga' dan 'tembung' yang dinyanyikan oleh para 'pesinden'.

1 comments:

SMP2252 FarHana on August 7, 2010 at 8:16 PM said...

penerangan yang amat menarik dengan gambar-gambar serta video mengenai wayang kulit yang diterangkan oleh encik Amran dalam kelas....

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template