Sunday, August 15, 2010

JURNAL REFLEKSI

GAMELAN




Dalam minggu kelima, ini kami diajar mengenai Gamelan dan juga Cak Lempong. Gamelan terbahagi kepada dua jenis iaitu Gamelan Jawa dan juga Gamelan Melayu. Gamelan dikatakan berasal dari kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia. Gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu Gamel yang bermaksud 'pukul' atau 'tabuh'. Ianya dinamakan bersempena dengan kebanyakan peralatan muzik atau Ricik dari jenis pukulan. Muzik gamelan menjelaskan kepercayaan dan perasaan yang mendalam terhadap kehidupan dalam masyarakat Indonesia. Ia selalu dikaitkan dengan upacara ritualkelahiran, perkahwinan dan kematian. Gamelan ini dimainkan dengan menggunakan beberapa alat muzik. antara alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti berikut :

1)Bonang - dikenali juga sebagai keromong. Ianya merupakan gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. ianya merupakan alat melodi utama.

2)Gambang - terdiri daripada bilang-bilah kayu yang disusn menikut pic yang diatur di atas pokok kayu yang berfungsi sebagai Kotak Gema. Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap.

3)Saron Pekin - dikenali sebagai saron penerus. Ia berfungsi sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. alat pemukulnya diperbuat daripada tanduk kerbau.

4)Saron Barong - mempunyai bentuk yang hampir sama dengan saron penerus. ianya juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan cincang. alat pemukul diperbuat dari jenis kayu yang lembut.

5)Kenong - Ianya diperbuat daripada perunggu dan sebagai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan Melayu di Malaysia.

6)Gendang - Berfungsi sebagai penyokong irama. Ianya merupakan jenis gendang dua muka seperti tempayan. ia dipukul dengan kedua belah tangan dan mampu menghasilkan suara mnemonik asas.

7)Gong - Dalam muzik gamelan melayu terdapat 2 buah gong yang digunakan iaiatu gong Agung dan gong Suwukan.



CAKLEMPONG



Caklempong adalah merupakan alat muzik tradisional Melayu yang dikategorikan dalam keluarga gong berukuran kecil. ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong digunakan untuk menerangkan jenis ensembelnya. CakLempong berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan.

Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template