Friday, August 20, 2010

JURNAL REFLEKSI




MAK YUNG

Mak Yung adalah merupakan salah satu muzik dramatari. Ianya sama seperti mekmulung, menora dan jikey yang menggabungkan muzik tari dan dialog sebagai unsur integral dalam persembahan. Mak Yung adalah merupakan sebuah dramatari yang terkenal di negeri Kelantan. Pengetahuan yang sedikit mengenai persembahan Mak Yung ini menyebabkan saya tertarik untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai persembahan dramatari ini.

Berdasarkan kepada pengajaran yang berlangsung, pensyarah telah mengajar mengenai sejarah Mak Yung, persembahan dan alat muzik yang digunakan serta muzik Mak Yung dari segi melodi, bentuk dan irama.

Berdasarkan pengajaran yang diperolehi, dapat dipelajari bahawa Mak Yung adalah berasal dari Patani yang merupakan sebahagian daripada Thailand. Mak Yung ini dibawa masuk ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu dan ia dikembangkan ke Kedah dan negeri-negeri lain. Di dalam persembahan Mak Yung, antara watak-watak yang dimainkan adalah Pak Yung dan Pak Yung Muda iaitu watak utama, Mak Yung dan Puteri Mak Yung sebagai Raja perempuan, Peran Tua dan Peran Muda sebagai pengasuh dan Tok Wan sebagai ahli nujum dan tukang. Antara lagu yang dimainkan adalah mengadap rebab, Kijang Mas dan Lagu Sindung. Bagi mode persembahan ini, ia didahului dengan mengadap rebab, lagu ela, mengulit Raja Nak Tidur, Jembar atau Mengambul, Timang Welu atau Kijang Emas, Sedayung Pak Yung dan Sang atau Penyudah. Alat muzik bagi persembahan Mak Yung adalah gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Alat tambahan yang lain adalah serunai, geduk dan canai. Bentuk dan struktur lagu Mak Yung ditentukan melalui gong dan di kawal oleh tetawak dan iramanya menggunakan 4 timbre dan gaya meningkah. Terdapat 5 jenis persembahan Mak Yung yang pernah wujud iaitu Mak Yung Patani, Mak Yung Kelantan, Mak Yung Kedah, Mak Yung Laut dan Mak Yung Riau. 3 daripadanya terdapat di Malaysia iaitu Mak Yung Kelantan, Mak Yung Kedah dan Mak Yung Laut.








KOMPANG

Berdasarkan kepada pengetahuan saya mengenai kompang, kompang adalah sebuah alat yang diketuk/dipalu oleh individu dan membentuk sebuah kumpulan. Kebiasaannya, ia dapat dilihat dalam majlis-majlis seperti perkahwinan.

Berdasarkan kepada pengajaran, kami diajar mengenai sejarah kompang, alat muzik kompang dan juga muzik, tempo dan rentak bagi sesebuah kompang.

Kompang adalah tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing betina. Ditepi kompang diselitkan seurat rotan di antara kulit dan bingkai kayu bertujuan untuk menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang. Jika dilihat dari sejarah kompang ini, alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab pada abad ke-13. Bagi alat muzik kompang ini, antara bahagian yang terpenting adalah belulang dan belulang baluh. Terdapat 4 jenis kompang iaitu kompang Hadrah, kompang Johor/Jawa, kompang Eizhar dan kompang Kelalang. Setiap persembahan kompang terdiri dari 3 bahagian pukulan iaitu pukulan 'Mula', pukulan 'Lagu' dan pukulan 'Mati'. Antara rentak kompang adalah Inang Asas, Masri Asas dan Asli Asas. Kompang kebiasaannya di mainkan untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble, mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, khatam Al-Quran dan juga untuk pertandingan.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template