Sunday, August 29, 2010

JURNAL REFLEKSI


Minggu ke-7 merupakan minggu perbentangan 2 kumpulan berkaitan dengan topik yang telah dipilih. Pada minggu tersebut, kumpulan saya iaitu 1 bersama dengan kumpulan dari group no 2 telah melakukan perbentangan berkaitan dengan sejarah muzik tradisional Malaysia dan zikir.
Dalam perbentangan kumpulan saya iaitu 1, kami telah menerangkan berkaitan dengan sejarah perkembangan alat muzik tradisional iaitu di mana sejarah bagaimana muzik-muzik tradisional di Malaysia ini di bawa ke dalam Malaysia. Ini termasuklah pengaruh dari India, China, Timur Tengah, Barat dan juga Kepulauan Melayu itu sendiri. Selain itu, kami juga telah menerangkan mengenai alat-alat muzik yang berasal dari pengaruh luar di mana kami membahagikan alat-alat tersebut mengikut kategori iaitu kordofon, membranofon, idiofon dan juga aerofon. Dengan perbentangan yang telah kami jalankan, kami telah memperoleh pengetahuan yang mendalam mengenai sejarah kemasukan pengaruh luar ini ke atas Tanah Melayu khususnya dari segi muzik tradisional.

Setelah itu, perbentangan diteruskan dengan kumpulan 2 iaitu zikir. Berdasarkan dengan perbentangan yang telah dijalankan, pengertikan zikir adalah memperingati Allah. Ianya merupakan rangkaian iman yang diperintahkan supaya manusia sentiasa memperingati Allah. Zikir terbahagi kepada dua iaitu zikir qalbi dan zikir lisani. Terdapat beberapa abad untuk berzikir seperti memperlahankan suara, menumpukan ingatan kepada Allah serta menjiwai apa yang dibaca dan diucapkan dengan kalimah yang betul sesuai dengan waktu dan tempat berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan Allah di dalam Al-Quran.

Berdasarkan kepada perbentangan yang dilakukan pada minggu ke-7 ini, ianya telah menambahkan pengetahuan saya berkaitan dengan sejarah dan juga zikir.

0 comments:

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template