Minggu ke-8 menyaksikan kumpulan seterusnya yang membentangkan tajuk Boria. Boria adalah merupakan muzik jenis teater yang amat popular di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Sejarah asal boria adalah dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi.
Dalam alat muzik boria ini, ianya telah berubah mengikut peredaran masa. Namun, alat muzik seperti violin, marwas, gendang pandang, akordian dan harmonika adalah digalakkan.
Di dalam persembahan boria, terdapat 2 bahagia atau segmen iaitu sketsa dan juga nyanyian. Pada kebiasaannya, seorang tukang karang akan membawa tongkat penunjuk dan akan menyanyi. Rangkap karangan boria dihujung sukatannya adalah sama setiap rangkap dan kisahnya adalah berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.
Pada segmen pertama, ianya merupakan sketsa sebabak manakal segmen kedua adalah persembahan pergerakan / tarian yang seragam mengikut kreativiti kumpulan. Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor (penari latar) akan menyahut rangkap pertama beramai-ramai. Kebiasaannya, tukang karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mengandungi isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang dilakonkan dalam sketsa segmen pertama persembahan. Rangkap Boria diakhiri dengan ucapan terima kasih, pengunduran diri dan memohonkemaafan sekiranya persembahan mengentuh atau mengguris perasaan penonton.

1 comments:
muzik boria amat menarik jika diteliti apakah maksud yang tersirat disebalik cara persembahan dan nyanyian.
Post a Comment