Thursday, September 23, 2010

JURNAL REFLEKSI


Ghazal


Dalam minggu ke-9, kami dipersembahkan dengan perbentangan dari kumpulan bertajuk ghazal dan opera Cina. Bagi kumpulan pertama, mereka membentangkan tajuk Ghazal dimana ghazal bermaksud nyanyian puisi bertemakan cinta. Ianya berasal dari Timur Tengah khasnya Parsi sebelum kedatangan Islam. Ghazal juga merupakan ungkapan cinta tentang perpisahan dan kesunyian. Terdapat 2 jenis ghazal iaitu seni ghazal Johor dan Ghazal Parti. Seni ghazal Johor adalah popular di Johor manakala Ghazal parti adalah popular di Pantai Barat Semenanjung.
Bagi persembahan Ghazal, antara alat-alat yang digunakan adalah mengikut kategori. Bagi kategori kordofon, Ud, Gitar dan juga Violin digunakan. Bagi aerofon, harmonium digunakan. Bgai kategori membranofon, tabla bamya dan bagi kategori Idiofon, tamborin dan marakas digunakan. Bagi struktur nyanyian Ghazal, ia terdiri dari 'masuk lagu', 'patah lagu', dan 'mengalun lagu'.

Berdasarkan kepada perbentangan, saya dapat membezakan perbezaan antara ghazal parti dan juga seni ghazal johor. Bagi ghazal parti, terdapat seorang penari akan menari dalam persembahan ghazal tersebut. Muzik yang dimainkan adalah berentak rancak. Saya mendapati bahawa pakaian yang digunakan seperti topi yang dipakai oleh pemain adalah topi boria. Ini mungkin disebabkan pengaruh dari Pulau Pinang yang terkenal dengan boria. Bgai seni Ghazal Johor, ianya lebih kepada berentak perlahan dan lebih kepada kemelayuan. Walaupun ianya berentak perlahan, seni ghazal johor ini juga terdapat dalam rentak rancak.

Berdasarkan kepada perbentangan yang dijalankan, saya mendapati bahawa kebanyakan maklumat yang diperoleh tidak mencukupi sehingga menyukarkan saya untuk memahami dengan lebih mendalam. Saya juga mendapati bahawa kajian lapangan yang dijalankan kurang memberi maklumat.



Opera Cina

Perbentangan seterusnya adalah bertajuk Opera Cina. Opera Cina adalah merupakan persembahan 'dialog berirama'. Ianya adalah persembahan dari kaum Cina. Terdapat pelbagai jenis opera mengikut kedudukan kawasan seperti opera Beijing, opera henan dan lain-lain lagi. Terdapat 4 watak dalam opera cina ini iaitu 'Sheng' iaitu lelaki, 'Dan' iaitu wanita, 'Jing' sebagai lelaki wajah berlukis dan 'Chou' sebagai pelawak lelaki. Dalam persembahan opera cina ini, antara alat-alat yang digunaka adalah 'Jinghu' iaitu sebuah biola tajam kecil, 'yueqin' iaitu kecapi yang berbentuk lingkaran dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada perbentangan yang dijalankan, saya mendapati bahawa kumpulan ini tidak bersedia dari segi penyampaian dan juga maklumat yang dipersembahkan. Penyampaian yang dilakukan seperti tidak serius dan maklumat yang diperoleh adalah kurang dan tidak berkaitan dengan muzik tradisional dalam konteks Malaysia. Saya mendapati bahawa kumpulan ini tidak menjalankan kajian lapangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan opera. Hasilnya, maklumat yang disampaikan tidak berjaya.


VIDEO BAGI GHAZAL DAN OPERA CINA





Ghazal Johor


Ghazal Parti


Opera Cina

2 comments:

Muzik Tradisional Malaysia on September 23, 2010 at 10:15 AM said...

Asmaliza, anda sepatutnya boleh mengkritik kumpulan Pembentang Opera Cina kerana banyak maklumat mereka tersasar!

smp2252asma on October 1, 2010 at 10:13 AM said...

noted !
telah diedit semula..
terima kasih ~

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template