Muzik Klasik India.
Dalam perbentangan minggu ke-10 ini, kami disajikan dengan perbentangan dari kumpulan Muzik Klasik India dan juga Muzik Orang Asli. Dalam perbentangan muzik klasik India, kumpulan pembentang telah memfokuskan muzik klasik India yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan kepada perbentangan dan juga slide show yang mereka tunjukkan, saya mendapat pengetahuan berkaitan dengan muzik klasik India ini dimana muzik klasik India yang dimainkan adalah merupakan muzik yang berasal dari lagu dan ditukarkan menjadi not muzik yang dimainkan oleh pemainnya menggunakan alat-alat tersendiri iaitu nadaswaram, thavil, ghatam dan tabla. Berdasarkan kepada tayangan video yang ditontonkan kepada kami, saya terpegun dengan muzik yang menggunakan sitar dalam muzik klasik India ini. Muzik Klasik India mempunyai lengguk yang tersendiri. Walaubagaimanapun, saya kurang berpuas hati dengan kajian lapangan yang mereka jalankan dimana mereka tidak mempergunakan kesempatan yang mereka ada sewaktu berada di Batu Caves dengan merakamkan video muzik klasik India ini. Menurut pembentang, kesibukan dan kekurangan masa pihak sana menyebabkan mereka kurang mendapat maklumat. Selain itu, mereka juga tidak merakamkan temubual mereka bersama pihak sana. Ini mungkin boleh diatasi sekiranya mereka membuat persediaan yang rapi dengan membuat 'appointment' dengan pihak sana supaya pihak dari Batu Caves dapat membuat perancangan dan persediaan untuk muzik klasik India ini. Gaya persembahan yang dijalankan oleh kesemua pembentang cukup baik di mana mereka kelihatan bersedia dengan maklumat yang diperolehi dan serius semasa membentang hasil kerja mereka.
Muzik Orang Asli.
Bagi muzik Orang asli, sebelum ini saya hanya didedahkan dengan tarian sewang sahaja. Perbentangan yang dijalankan menambah pengetahuan saya berkaitan muzik orang asli ini. menurut pembentang, terdapat banyak suku kaum orang asli ini. Menurut pembentang, suku kaum yang banyak ini menyukarkan pihak muzium untuk memasukkan maklumat ke dalam muzium di mana cuma terdapat suku kaum yang popular sahaja. Muzik orang asli yang popular adalah tarian sewang di mana sewang ini bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. terdapat dua bahagian dalam sewang ini, iaitu sewaktu ritual perubatan dijalankan dan juga selepas habis berubat. Semasa berubat, ia dijalankan selama 7 hari. Setelah penyakit berjaya disembuhkan, tarian sewang dijalankan. tarian sewang ini dilakukan dengan menari mengelilingi bulatan. Mereka akan berhenti bersewang untuk meminum arak dan kembali bersewang. Kami juga mendapat maklumat berkaitan dengan alat-alat muzik yang digunakan oleh orang asli di mana kebanyakan alat muzik yang dimainkan adalah berasal dari buluh. ini kerana kehidupan mereka yang tinggal di hutan menyebabkan mereka mempergunakan sumber hutan yang ada. Berdasarkan kepada gaya persembahan, mereka kelihatan mempunyai cukup maklumat untuk disampaikan. Kajian lapangan yang mereka jalankan juga agak baik cuma kekurangan maklumat yang terdapat dalam muzium menyebabkan maklumay yang diperolehi tidak lengkap. walaubagaimanapun, mereka tidak merekodkan aktiviti mereka di dalam muzium sebagai bukti kajian lapangan mereka.
0 comments:
Post a Comment