Sunday, October 10, 2010

JURNAL REFLEKSI

Dalam minggu ke 11 ini, sekali lagi dipersembahkan perbentangan dari kumpulan bertajuk Ghazal. Pembentangan ini dijalankan sekali lagi adalah kerana maklumat yang disampaikan sebelum ini kurang. Pada perbentangan kali ini, kami mendapat maklumat yang mendalam mengenai Ghazal iaitu ghazal Johor dan juga Ghazal Parti. Sebelum ini, saya hanya mendengar mengenai Ghazal Johor sahaja. Tetapi dengan perbentangan yang dilakukan oleh kumpulan pembentang, telah membuka mata saya mengenai ghazal yang wujud selain ghazal Johor iaitu Ghazal Parti yang lebih popular di Pulau Pinang. Menurut kumpulan pembentang, ghazal Parti berbeza dengan ghazal Johor dari segi alat muzik, penari dan juga susunan muzik. Perkara yang jelas membezakan Ghazal Johor dan Ghazal Parti adalah dari segi penari di mana dapat dilihat bahawa Ghazal Johor tidak mempunyai penari berbanding Ghazal Parti yang mempunyai penari perempuan. Sebelum ini penari adalah terdiri daripada kaum perempuan. Tetapi telah ditukar kepada lelaki yang menyerupai perempuan atau lebih dikenali sebagai 'pondan'.

Seterusnya, semasa pembentangan berlangsung, kelas muzik tradisional ini dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru pengiring. Oleh itu, perbentangan dijalankan seperti biasa dan dikhususkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Setelah selesai, sesi soal jawab berlangsung dan terbuka untuk pelajar muzik tradisional, pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru pengiring. Sesi soal jawab ini mempunyai faedah kerana dapat memberikan jawapan kepada pelajar yang kurang jelas mengenai Ghazal ini dan juga dapat membuktikan kemampuan pelajar dalam memahami dan menjawab soalan yang diajukan. Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa kumpulan pembentang ini mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai perkara yang disampaikan selain mempunyai keyakinan dalam menjawab soalan.

1 comments:

syitahbuang on October 30, 2010 at 6:01 PM said...

semoga berjaya

Post a Comment

 

BLOG KUMP. A

BLOG KUMP. B

BLOG KUMP. C

SMP2252 Asmaliza Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template